SYARIKAT OUTSOURCING

06 July, 2011







PEJAL SEJATI SDN BHD telah dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai syarikat pengurus pekerja asing di bawah PROGRAM 6P.
Rujukan: IM.KDN(S)IM 03/986/1(56)
* Kementerian Dalam Negeri hari ini memutuskan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran Program 6P yang sepatutnya berakhir 21 Ogos 2011 kepada 31 Ogos 2011.


KENYATAAN MEDIA
TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
KEMENTERIAN DALAM NEGERI LANJUTKAN TEMPOH PENDAFTARAN 6P
12 OGOS 2011
1. Kementerian Dalam Negeri hari ini memutuskan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran Program 6P yang sepatutnya berakhir 14 Ogos 2011 kepada 21 Ogos 2011.
2. Keputusan ini dibuat sebagai susulan kepada saranan YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang mengusulkan supaya cadangan lanjutan tarikh itu dipertimbangkan Jawatankuasa Pelaksana Program 6P.
3. Ini berikutan sambutan berterusan yang diterima daripada majikan serta pekerja dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kaunter-kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos 2011, baik di pejabat Imigresen mahupun menerusi syarikat pengurus yang dilantik Kerajaan.
4. Sementara itu, Kerajaan juga memutuskan bahawa setiap PATI yang mendaftar menerusi syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini.
5. Dalam perkembangan lain, sehingga tamat operasi semalam (Khamis, 11 Ogos 2011), bilangan PATI dan pekerja asing sah telah merekodkan sejumlah 1,807,000 orang.
6. Daripada jumlah tersebut, 885,156 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah.
7. Selari lanjutan tarikh pendaftaran ini, pihak berkuasa negeri, agensi Kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim diminta mencari mekanisma lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai program ini dan sekali gus juga menyakinkan PATI di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar.
8. Paling utama ialah meyakinkan mereka mengenai jaminan Kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap PATI dan justeru, ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan sekitar November 2011.




PROGRAM (6P) PENDAFTARAN PEKERJA ASING
SEMENANJUNG MALAYSIA

Tujuan pendaftaran itu adalah bagi mempertimbangkan untuk proses pemutihan iaitu menukar status mereka menjadi pekerja sah dan memberi pengampunan dengan membenarkan mereka pulang ke negara asal tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Tempoh pelaksanaan proses pemutihan dan pengampunan akan dilaksanakan selama tiga bulan selepas proses pendaftaran.

APAKAH PROGRAM 6P?

Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN,
Sebaik selesai peringkat PENDAFTARAN , Program ini akan masuk ke peringkat kedua iaitu PEMUTIHAN dan PENGAMPUNAN yamg mengambil tempoh tiga (3) bulan, sebelum disusuli PEMANTAUAN (Seminggu) dan selanjutnya PENGKUATKUASAAN serta PENGUSIRAN yang akan digerakkan menerusi operasi secara berterusan oleh
KERAJAAN MALAYSIA


SIAPAKAH YANG PERLU MENDAFTAR BAGI PROGRAM 6P INI?
Berikut adalah empat kategori warga asing yang perlu mendaftar/didaftarkan:

i. Semua warga asing yang telah masuk ke Malaysia tanpa izin dan kini tinggal serta bekerja di Negara ini secara tidak sah;
ii. Semua warga asing yang masih tinggal di Malaysia selepas pas atau permit kerjanya tamat tempoh atau dibatalkan;
iii. Semua warga asing yang telah menyalahgunakan permit masuk, pas atau dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan;
iv. Semua warga asing yang melanggar syarat pas atau permit seperti yang ditetapkan undang-undang Malaysia.
ADAKAH TANGGUNGAN PATI JUGA PERLU DIDAFTARKAN?

Jika tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara, maka mereka juga perlu didaftarkan. Bagaimanapun, untuk proses selanjutnya, mereka perlu pulang dahulu ke negara asal bersama ibu atau ayah masing-masing sebelum masuk semula ke negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk tujuan melawat bagi tempoh dibenarkan.

BAGAIMANA PULA DENGAN PELARIAN YANG MEMEGANG KAD UNHCR? ADAKAH MEREKA INI JUGA PERLU MENDAFTAR?
Ya. Mereka juga tertakluk kepada keperluan untuk mendaftar di bawah program 6P.


APA YANG AKAN DILAKUKAN KERAJAAN PADA SETIAP PERINGKAT TERSEBUT?

Secara asasnya, berikut adalah proses yang akan berlaku pada setiap peringkat:




PERINGKAT 1: PENDAFTARAN

Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.




KATEGORI PATI YANG DIBENARKAN BERDAFTAR
1. Tiada Dokumen / Pas / permit.
2. Tinggal lebih masa
3. Cop pelekat palsu
4. Tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara juga perlu didaftarkan
5. Pelarian yang memegang kad UNHCR



APAKAH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN KETIKA PENDAFTARAN?
Berikut adalah senarai maklumat yang akan diambil ketika proses pendaftaran:

i. Nama;
ii. Gambar;
iii. Cap 10 jari tangan kanan dan kiri;
iv. Nombor passport/dokumen perjalanan;
v. Waeganegara;
vi. Jantina;
vii. Tarikh lahir;
viii. Maklumat majikan (nama, no. kad pengenalan, nombor telefon, alamat, e-mel, dan sektor pekerjaan);
ix. Pengesahan kebenaran maklumat oleh majikan; dan
x. Tujuan mendaftar – sama ada untuk bekerja (diputihkan), untuk pulang ke negara asal (diampun dan tidak dikenakan tindakan/hukuman); atau lain-lain tujuan.



PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.


FUNGSI SYARIKAT PENGURUS PEKERJA ASING
~ Menerima dan mengemukakan dokumen permohonan pemutihan yang lengkap (Seperti dokumen wajib dan dokumen tambahan mengikut sektor) ke pusat kelulusan setempat KDN

~ Melaksanakan penjodohan pekerjaan di antara PATI yang berdaftar dengan majikan yang memerlukan pekerja. (Dibenarkan bekerja di dalam sektor (perkilangan, perkhidmatan, pertanian, pembinaan , perladangan & pembantu rumah asing)




PERINGKAT 3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
PERINGKAT 4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.
PERINGKAT 5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.
PERINGKAT 6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.
YURAN PEMPROSESAN
  • Yuran proses pendaftaran PATI (PROGRAM PEMUTIHAN) ialah RM335.00/ seorang PATI.

Bayaran boleh dibuat melalui Bank draf diatas nama PEJAL SEJATI Sdn. Bhd. atau secara tunai semasa PATI didaftarkan di pejabat atau cawangan thumbprint PEJAL SEJATI.

LOKASI PENDAFATARAN PEKERJA ASING & PATI
Ibu pejabat - Johor Bahru
No. 157, Jalan Rawa , Tama Perling, 81200, Johor Bahru. Fax: 07-2411927

Cawangan -Kuala Lumpur
No. 29-3, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300,Kuala Lumpur. Fax 03- 41495428

Hubungi pegawai kami di talian - 24 jam
Mobile : 012- 673 3124 MR HISYAM

-->




19 April, 2011

INTRODUCTION

PEJAL has been appointed by
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia (Ministry of Home Affairs)
to recruit foreign workers from source countries recognized by the government based on demand by employers to work on a year basis in the manufacturing , construction, service agricultural and plantation sector.

PEJAL provides workers according to employers need and fulfill government conditions such as approval to engage foreign workers, payment of levy work permit and security guarantee, workers compensation scheme, medical examination, accommodation and transport to work place. Therefore, employer wishing to hire foreign workers need to have to go through the formalities


PEJAL provides special scheme from request to hire any number of workers with accommodation and transport etc provide by the employer.


Source country :
Indonesia ,Nepal, Myanmar, Cambodia, Bangladesh, Vietnam, Pakistan, India, Philipines and Thailand






AHLI - PERSATUAN PEMBEKAL & PENGURUSAN TENAGA KERJA ASING MALAYSIA (TEKAM)
(Pendaftaran Pertubuhan: 0676-09 WKL)
Malaysian Authorized Foreign Manpower Outsourcing Companies' Association




TEKAM is an association formed by the outsourcing companies (SOS) licensed by KDN and has been registered with the Registrar of Societies having Registration No. PP 0676-09 WKL as an organization. The first conference was held on July 2, 2009 at Kelab Tasek, Putrajaya with the election of office bearers to undertake the responsibilities of TEKAM.

The formation of TEKAM was at the advice of the then Minister KDN, YB Dato Sri Azmi Khalid who introduced the licensing of private sector companies as SOS at a gathering with SOS at KDN as part of Government's strategy to streamline the recruitment and management of foreign workers.

With the formation of TEKAM it would naturally be convenient for the Government to liaise and getting feedback from the SOS on matters of policy and regulations introduced by the Government from time to time. It would be impossible when necessary for the Government to get feedback from each and everyone from the SOS.